Monday, March 21, 2016

CCTV Berkualiti Mudah Kesan Penjenayah

GM Quality CCTV  Menyediakan Pakej-Pakej Pemasangan CCTV HD Untuk Rumah Kedai Dan Pejabat Pada Harga Yang Amat-Amat Berpatutan Dengan Produk Dan Servis Berkualiti  


Kepakaran Syarikat kami, GIGAMAZ ENTERPRISE (PERLIS) dalam bidang komputer dan CCTV sejak 10 tahun lepas, telah banyak membantu ramai warga negeri Perlis dan Kedah dalam mendapat perkhidmatan yang terbaik untuk semua kerja-kerja perkhidmatan Networking & CCTV.

Kini , kami menyediakan perkhidmatan pemasangan & pembaikan CCTV di Rumah, Pusat Asuhan Kanak-kanak, Premis Perniagaan, Pejabat dan lain-lain.

Berbekalkan teknologi terkini, kualiti gambar camera yang dirakam sangat mengkagumkan. Anda boleh hubungi kami untuk kami terangkan dengan lebih lanjut.

Harga yang kami cas sangat berpatutan dan kualiti yang sangat tinggi.

Ya... Pilihan anda sangat tepat kerana memilih kami untuk kami tawarkan servis CCTV tersebut.

Hubungi kami di 012.5450384 En Maaz.

1.Pakej CCTV AHD 1080P + AHD Camera 2.4 Megapixel Camera











Tuesday, February 2, 2016

KAD JIMAT LA-Genius

Assalamualaikum

BOLEH SAYA BANTU MEMBERI MANFAAT KEPADA ANDA..

Perkenalkan La Genius Saver
Kad Jimat yang boleh membantu untuk mengurangkan bayaran bil elektrik bulanan.

Wayar elektrik yang masuk ke rumah kita ada 2 jenis wayar. Wayar Elektrik (Red) dan Wayar Neural(black@blue). La Genius Saver pasti dapat mengurangkan penggunaan arus neural.

Ia satu langkah untuk mengurangkan kos overheat bulanan kita
Kad Jimat yang boleh menjimatkan elektrik dan boleh menjana pendapatan sampingan.

Manfaat dapat dikongsi bersama

Saya En. MAAZ
012.5450384

#gmcomputer
#kadjimat
Tq


.

Wednesday, November 4, 2015

MENGAPA LAPTOP PANAS

Pernah anda  mengalami PC/Laptop yang panas? Hati-hati ya, temperatur PC/Laptop yang terlalu panas (overheat) akan merosakkan cip-cip yang berada di atas papan litar (mainboard) . Bukan setakat hanya itu saja, malah laptop yang panas tentu sekali tidak selesa disentuh ketika menggerakkan touchpad atau ketika memegang laptop tersebut.

Panas dihasilkan dari pengeluaran haba dari komponen hardware PC/laptop. Sebenarnya di dalam casing PC dan laptop sudah dipasangkan kipas untuk mengalirkan haba panas keluar pada saluran lubang yang direka. Haba yang keluar dengan sempurna akan mengurangkan suhu panas didalam casing tersebut.

Suhu panas sesebuah laptop, maksimum adalah 105o C. Jika suhu laptop kamu lebih panas dari itu, maka system secara automatik akan tutup (turn off) bagi menghindari kerosakkan akibat overheat.

Disini saya ingin kongsikan punca mengapa/ penyebab Laptop Panas

  • Periksa kipas/fan komputer / laptop, apakah masih berputar? Kalau kipas tidak berputar, panas yang dihasilkan tidak dapat dikeluarkan dari komputer/laptop.

  • Periksa lubang udara laptop, apakah tersumbat oleh kotoran? Kalau kipas masih berfungsi, kemungkinan panas tidak dapat keluar dengan baik karena lubang pengeluaran udara yang tersumbat oleh debu dan kotoran.

  • Ingat semula dimana kamu menggunakan laptop? Faktor permukaan tempat kamu meletakkan laptop ternyata juga mempengaruhi proses pengeluaran panas. Jangan letakkan laptop di atas bantal, atau atas karpet lantai, karena haba tidak dapat keluar dari laptop dengan sempurna. Ianya seperti anda menutup hidung dengan sehelai kain ke hidung anda.. Berapa lama anda mampu bertahan??  Permukaan bantal  yang panas akan menambah panas laptop dari bawah. 

       Jom Like Page FB  Kami : KLIK SINI GM Computer Services #uitmperlis
       : #gmcomputer 

Tuesday, November 3, 2015

Kedai Komputer Gembira, Pengguna Sengsara

Untuk berkongsi semua tips penjagaan laptop dalam satu artikel adalah sesuatu yang mustahil, saya akan ungkaikan rahsia ini satu persatu setiap siri nanti.

Tips 1 – Cuci Kipas laptop dan tukar ‘thermal paste’ baru setiap 6 bulan.

Selama 5 tahun dalam dunia pembaikan laptop, 80% dari laptop yang rosak adalah disebabkan masalah motherboard
Dari masalah motherboard 7% darinya berpunca dari kecuaian manusia seperti tertumpah cecair dan terjatuh
Lagi 93% dari kerosakan motherboard  ini berpunca dari tidak servis laptop
Apa Itu Servis Laptop?
Servis laptop adalah dimana laptop akan dibuka dan habuk yang berkumpul di kipas laptop akan dibersihkan. Thermal paste baru akan digantikan
Mengapa Ia Perlu Dilakukan?
Seperti juga kereta, laptop mempunyai komponen yang bergerak, komponen yang bergerak memerlukan sistem penyejukan. Komponen seperti processor dan pemproses grafik menjana haba yang sangat tinggi sehingga boleh mencecah 100 darjah C
Sistem penyejukan yang membantu menyejukkan komponen ini adalah kipas yang bersambung dengan besi tembaga. Besi tembaga ini akan bersentuh melalui thermal paste dengan komponen komponen panas ini.
Kipas yang menjadi sistem penyejukan ini, lama kelamaan akan memerangkap habuk. Jika anda tinggal di persekitaran yang ada karpet atau berhabuk, habuk akan lebih cepat terkumpul di kipas ini.
Komputer Servis
Apabila habuk-habuk ini berkumpul, sistem menjadi tidak efisien kerana ianya menghalang udara panas dari keluar. Apabila ianya tidak efisien, komponen penting seperti processor dan pemproses grafik ini akan rosak kerana terlebih panas (overheating).
Apabila ini berlaku, kos membaikinya lebih kurang membeli laptop baru. Sebagai contoh kos untuk tukar motherboard brand Acer sahaja mencecah RM700. (sumber Highpoint) manakala untuk motherboard Apple Macbook Pro adalah RM2000 (iMac city)
Apakah Thermal Paste?
Thermal paste adalah selapis bahan yang mengalirkan haba sangat baik yang letaknya diantara komponen panas ini dan sistem penyejukan.

Lama kelamaan, thermal paste ini akan keras dan tidak mengalirkan haba dengan baik. Ianya juga perlu ditukar. Tujuan servis laptop ini adalah untuk menjamin sistem penyejukan yang efisien dan optimum sepanjang masa.

Di Mana Boleh Servis Laptop?

Untuk servis laptop anda digalakkan untuk menghantar laptop kepada pakar yang berhampiran dengan anda.
Ini adalah kerana untuk mencuci laptop, anda perlu buka seluruh badan laptop dan besar kemungkinan akan terjadi insiden tikus membaiki labu.
Komponen komponen di dal am laptop juga amat sensitif kepada elektrostatik.
Bila Waktu Sesuai Servis Laptop?
Anda dinasihatkan untuk servis laptop anda setiap 6 bulan sekali. Jika anda merasakan laptop anda cepat panas, contohnya jika anda boleh rasakan haba di tapak tangan anda ketika menggunakan laptop, segeralah hantar ke kedai komputer berhampiran untuk diservis.
Jika persekitaran anda berhabuk, anda harus melakukannya dengan lebih kerap.
Kesimpulan
  • Servis laptop adalah langkah pertama untuk memanjangkan usia laptop anda.
  • Haba adalah musuh utama laptop.
  • Pastikan anda servis laptop anda sekurang kurangnya 6 bulan sekali.
  • Hantar laptop pada yang pakar sahaja.
  • Laptop yang dijaga dengan baik adalah laptop yang akan menggembirakan tuannya.
Jom Like Page FB  Kami : KLIK SINI GM Computer Services #uitmperlis

Wednesday, September 2, 2015

Untuk menarik lebih kejayaan. Inilah yang perlu kita lakukan...

       Untuk menarik lebih rezeki, perlu lakukan perubahan. Dan perubahan utama datang dalam diri kita sendiri. Bila kita ubah dalaman, maka luaran akan mendapat tempiasnya.


Sifuku mengajar. Adalah perlu ada MESTI dalam semua diri Usahawan yang mahu BERJAYA. Langkah permulaannya adalah bermula huruf M.
Hari ini saya akan menerangkan apa itu M.
M ialah huruf awal dari perkataan Matlamat
M juga adalah huruf awal dari perkataan Mentor
M juga adalah dari perkataan Mesti
Disini saya akan terangkan maksud M yang pertama iaitu Matlamat, diikuti Mentor dan Mesti.
Matlamat merupakan hasil dari usaha yang kita buat selama ini. (Matlamat = Result) . Ianya perlu ada dalam diri semua  Usahawan untuk menentukan hala tuju usahawan tersebut. Seringkali semua Usahawan akan terpesong Matlamat ketika ditengah2 dilema dalam sepakterajang dalam business masing-masing. Matlamat Usahawan hanya jelas pada permulaan perniagaan sahaja..Diakhir perniagaan yang dijalankan, Matlamat tersebut entah hilang kemana pon tidak tahu..Akhirnya menyalahkan orang lain sebab kejatuhan dalam perniagaan yang dimiliki.
Jadi untuk mengekalkan Matlamat yang ada dalam diri semua Usahawan tersebut adalah dengan mendapatkan Mentor. Mentor yang dipilih perlulah Mentor yang TELAH berjaya dan Usahawan itu hanya perlu mengikut jejaklangkah yang dilakukan oleh Mentor tersebut. Apa yang dibuat oleh Mentor tersebut perlulah diikuti. Jadi disini lahirnya perkataan Mesti. Mesti ikut... Mesti buat...Insyalllah MESTI BERJAYA...

Insyallah saya akan bersambung pada episod akan datang selepas saya mendapat M yang saya sebutkan diatas..

Saya kongsikan bersama tips untuk diri saya....Semoga pintu rezeki akan terbuka luas... AMin,...
Amalkan 8 langkah peribadi diri untuk membuka lagi pintu rezeki
1. Sentiasa berniat baikSegala urusan bermula dengan niat. Biat yang baik, maka urusan juga akan dipermudahkan. Niat yang tidak baik, keberkatan usaha pula akan hilang.
2. Sentiasa bercakap benarKepercayaan orang lain kepada kita berasal dari diri kita sendiri apabila sentiasa bercakap yang benar-benar sahaja. Membina kepercayaan orang adalah sukar, namun menghilang kepercayaan orang adalah amat mudah. Sentiasa bercakap benar.
3. Sentiasa berakhlak muliaMereka berakhlak mulia bukan sahaja disukai oleh orang di keliling, tetapi dicintai oleh Allah swt. Tidak perlu memuaskan hati orang sahaja, cinta teragung adalah dengan Allah swt dan akhlak mulia adalah jambatan untuk mencapainya.
4. Sentiasa menepati masaBuangkan tabiat melengahkan masa, atau tidak menepati masa. Usah lagi beri alasan “on the way” bila terlewat di mana kita baru sahaja melangkah keluar rumah ðŸ˜‰
5. Sentiasa amanah dan dipercayaiBina kepercayaan dengan menjadi seorang yang beramanah.
6. Sentiasa bertutur dengan bahasa dan cara baikJaga pertuturan. Apa yang kita kata mencerminkan peribadi sendiri. Bercakap dengan lemah lembut dan dan bahasa yang baik. Anda sentiasa akan dihormati.
7. Sentiasa berketerampilan kemasBerpakaian dan berketerampilan kemas bukan untuk menunjuk-nunjuk, tetapi sekadar bersederhana dan tidak pula dilihat selekeh. Pakaian yang tidak terurus, rezeki juga tidak akan datang.
8. Sentiasa jaga perbualan perkara yang baik sahajaSentiasa berkata-kata yang positif sahaja. Apa yang kita kata, akan menjadi doa. Doakan yang terbaik sahaja untuk diri, keluarga dan juga kenalan yang kita berbual bersama.

Thursday, August 27, 2015

#SEHATISEJIWA

Melangkah menuju tarikh keramat. Tarikh dimana semua rakyat Melaysia meraikan sambutan Kemerdekaan yang ke 58. Apa yang menarik tahun ini yang dapat dilihat, keseronokkan kanak2 memperagakan baju dari bendera jalur gemilang. Terima kasih kepada Ibu Bapa yang berusaha giat untuk menghasilkan Baju dari kain jalur gemilang.. Syabas..

Bersama-samalah kita menghayati dan menghargai apa yang kita miliki selama ini.
Salam 1 Malaysia
#MERDEKA
#SEHATISEJIWA
#GMKOMPUTER

Friday, May 29, 2015

Jenis Perkhidmatan Yang Disediakan



Kami menyediakan perkhidmatan :
  1. Reformat Windows dan servis sistem
  2. Repair & Replace part didalam komputer laptop
  3. Servis Printer Inkjet & Laser
  4. Servis LCD/LED Monitor & Laptop
  5. Servis Projector & Replace Lamp Projector.
Sebarang bantuan servis, 011-32446870 En Maaz
www.gigamaz.blogspot.com