Wednesday, September 2, 2015

Untuk menarik lebih kejayaan. Inilah yang perlu kita lakukan...

       Untuk menarik lebih rezeki, perlu lakukan perubahan. Dan perubahan utama datang dalam diri kita sendiri. Bila kita ubah dalaman, maka luaran akan mendapat tempiasnya.


Sifuku mengajar. Adalah perlu ada MESTI dalam semua diri Usahawan yang mahu BERJAYA. Langkah permulaannya adalah bermula huruf M.
Hari ini saya akan menerangkan apa itu M.
M ialah huruf awal dari perkataan Matlamat
M juga adalah huruf awal dari perkataan Mentor
M juga adalah dari perkataan Mesti
Disini saya akan terangkan maksud M yang pertama iaitu Matlamat, diikuti Mentor dan Mesti.
Matlamat merupakan hasil dari usaha yang kita buat selama ini. (Matlamat = Result) . Ianya perlu ada dalam diri semua  Usahawan untuk menentukan hala tuju usahawan tersebut. Seringkali semua Usahawan akan terpesong Matlamat ketika ditengah2 dilema dalam sepakterajang dalam business masing-masing. Matlamat Usahawan hanya jelas pada permulaan perniagaan sahaja..Diakhir perniagaan yang dijalankan, Matlamat tersebut entah hilang kemana pon tidak tahu..Akhirnya menyalahkan orang lain sebab kejatuhan dalam perniagaan yang dimiliki.
Jadi untuk mengekalkan Matlamat yang ada dalam diri semua Usahawan tersebut adalah dengan mendapatkan Mentor. Mentor yang dipilih perlulah Mentor yang TELAH berjaya dan Usahawan itu hanya perlu mengikut jejaklangkah yang dilakukan oleh Mentor tersebut. Apa yang dibuat oleh Mentor tersebut perlulah diikuti. Jadi disini lahirnya perkataan Mesti. Mesti ikut... Mesti buat...Insyalllah MESTI BERJAYA...

Insyallah saya akan bersambung pada episod akan datang selepas saya mendapat M yang saya sebutkan diatas..

Saya kongsikan bersama tips untuk diri saya....Semoga pintu rezeki akan terbuka luas... AMin,...
Amalkan 8 langkah peribadi diri untuk membuka lagi pintu rezeki
1. Sentiasa berniat baikSegala urusan bermula dengan niat. Biat yang baik, maka urusan juga akan dipermudahkan. Niat yang tidak baik, keberkatan usaha pula akan hilang.
2. Sentiasa bercakap benarKepercayaan orang lain kepada kita berasal dari diri kita sendiri apabila sentiasa bercakap yang benar-benar sahaja. Membina kepercayaan orang adalah sukar, namun menghilang kepercayaan orang adalah amat mudah. Sentiasa bercakap benar.
3. Sentiasa berakhlak muliaMereka berakhlak mulia bukan sahaja disukai oleh orang di keliling, tetapi dicintai oleh Allah swt. Tidak perlu memuaskan hati orang sahaja, cinta teragung adalah dengan Allah swt dan akhlak mulia adalah jambatan untuk mencapainya.
4. Sentiasa menepati masaBuangkan tabiat melengahkan masa, atau tidak menepati masa. Usah lagi beri alasan “on the way” bila terlewat di mana kita baru sahaja melangkah keluar rumah ðŸ˜‰
5. Sentiasa amanah dan dipercayaiBina kepercayaan dengan menjadi seorang yang beramanah.
6. Sentiasa bertutur dengan bahasa dan cara baikJaga pertuturan. Apa yang kita kata mencerminkan peribadi sendiri. Bercakap dengan lemah lembut dan dan bahasa yang baik. Anda sentiasa akan dihormati.
7. Sentiasa berketerampilan kemasBerpakaian dan berketerampilan kemas bukan untuk menunjuk-nunjuk, tetapi sekadar bersederhana dan tidak pula dilihat selekeh. Pakaian yang tidak terurus, rezeki juga tidak akan datang.
8. Sentiasa jaga perbualan perkara yang baik sahajaSentiasa berkata-kata yang positif sahaja. Apa yang kita kata, akan menjadi doa. Doakan yang terbaik sahaja untuk diri, keluarga dan juga kenalan yang kita berbual bersama.