Thursday, April 23, 2015

Pengenalan AM Gigamaz Enterprise



GIGAMAZ ENTERPRISE merupakan sebuah syarikat milik bumiputera sepenuhnya yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Syarikat ini telah memulakan operasinya secara rasmi pada tahun 2007.

Bermula hanya sebagai sebuah kedai kecil yang menawarkan khidmat secara terus kepada pelanggan yang datang ke kedai, kini GIGAMAZ ENTERPRISE terus mengembangkan rangkaian perkhidmatannya dengan mensasarkan projek-projek luar berskala kecil dan sederhana dari agensi-agensi kerajaan dan swasta di kawasan utara Malaysia.

GIGAMAZ ENTERPRISE juga telah berevolusi dengan mempelbagaikan lagi perkhidmatannya daripada hanya menawarkan servis komputer hinggalah kepada aplikasi server, peralatan rangkaian dan server, sistem rangkaian dan CCTV.  Sepanjang  tempoh  6  tahun  penubuhannya, GIGAMAZ ENTERPRISE telah melibatkan diri secara aktif di dalam pelbagai skop kerja yang telah ditawarkan oleh agensi kerajaan mahupun swasta.

Selaku  syarikat  bumiputera yang berdaya saing, GIGAMAZ ENTERPRISE sentiasa berusaha dari semasa ke semasa meningkatkan mutu perkhidmatannya agar dapat memberikan khidmat yang terbaik kepada pelanggan dan bakal pelanggan kami. Kami yakin dengan segala kemahiran dan kepakaran yang dimiliki, GIGAMAZ ENTERPRISE mampu bersaing dan memenuhi kehendak pasaran semasa.
Diharapkan pada masa hadapan GIGAMAZ ENTERPRISE akan dapat melebarkan lagi sayapnya ke seluruh semenanjung Malaysia melalui penawaran perkhidmatan yang lebih luas dan pelbagai.


 






No comments :

Post a Comment